Joomla TemplatesBest Web HostingBest Joomla Hosting

Semak Emel



Cari

Soalan Selaras Pend. Islam SR Peperiksaan Akhir Tahun

Rating Pengguna: / 21
Kurang BaikTerbaik 

Semua Ketua Panitia Pendidikan Islam (KPPI) Diminta Menyemak SMS Di Telefon Bimbit Masing-masing

Soalan Selaras dan Skema Pemarkahan Pendidikan Islam Sekolah Rendah Peperiksaan Akhir Tahun 2010 telah dimuat naik di portal ini untuk dimuat turun mulai hari ini (11 Oktober 2010). Proses muat turun ini akan dibuka sehingga 15 Oktober 2010 (Jumaat) untuk membolehkan semua sekolah memuat turun soalan-soalan tersebut secara berperingkat dan selesa tanpa perlu berebut-rebut dalam tempoh masa yang singkat sehingga boleh membuatkan talian menjadi sesak dan akhirnya boleh menjejaskan proses muat turun tersebut kelak.

Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dihantar pada jam 8.00 pagi ini ke telefon bimbit Ketua Panitia Pendidikan Islam berdasarkan maklumat yang telah diberikan melalui e-borang yang disediakan pada bulan September 2010 yang lalu. Dalam SMS tersebut, dinyatakan maklumat berkaitan (username dan password) yang perlu digunakan sebelum proses memuat turun soalan boleh dilakukan. Sekiranya sehingga jam 9.00 pagi, masih ada diantara KPPI sekolah masih belum menerima SMS berkaitan, sila hubungi meja bantuan di SPI dengan kadar segera.

Adalah diharapkan agar semua KPPI mengikut sepenuhnya ketetapan dan garis panduan yang telah ditetapkan dalam pelan tindakan yang telah diedarkan. Sebarang masalah berkaitan muat turun hendaklah diajukan segera ke meja bantuan (helpdesk) Sektor Pendidikan Islam (Ustaz Kamarudzaman bin Mohd. Isa - 0136003674 dan Ustaz Muhammad Sani bin Bidin - 0126123004) atau telefon pejabat 232 6725/ 6732 untuk bantuan penyelesaian.

Semua sekolah diminta menjalankan peperiksaan ini pada 29 Oktober 2010 (Jumaat) mulai jam 8.15 hingga 9.15 pagi. Sesi pemantauan dan selia bantu oleh pegawai Pendidikan Islam PPD dan SPI akan dijalankan mulai 11 - 29 Oktober 2010. Analisis ujian pula perlu diisi melalui e-borang mulai 1 hingga 12 November 2010 kelak.

Kerjasama erat dan komitmen semua Pentadbir sekolah, KPPI dan Guru Pendidikan Islam sekolah rendah di Negeri Melaka amat dihargai dan didahului dengan rakaman setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Sebarang idea, cadangan dan juga kritikan membina boleh diajukan melalui e-borang yang  akan disediakan kelak. Moga pandangan bernas kalian akan dapat membantu memudahkan para sahabat sekalian dan juga kami dalam usaha kita mengangkat martabat Pendidikan Islam sempena meraikan pengisytiharan MELAKA MAJU 2010 pada 20.10.2010 ini, Insya-Allah.

[PANDUAN MUAT TURUN SOALAN]

[SENARAI NAMA KETUA PANITIA PEND. ISLAM SR]

Sebarang masalah/ kemusykilan, sila hubungi Ustaz Kamarudzaman bin Mohd. Isa atau Ustaz Muhammad Sani bin Bidin di talian 232 6725/ 232 6732.

[Makluman Terdahulu 1]          [Makluman Terdahulu 2]

Terakhir dikemaskini (Selasa, 12 Oktober 2010 11:57)

 
No. Telefon Baru SPI

Pejabat Am: 06-2326732
PIPA (Am): 06-2324607
Fax: 06-2332949

[ SENARAI PENUH ]

Kalendar Mini SPI
April 2014
M T W T F S S
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 1 2 3 4