Joomla TemplatesBest Web HostingBest Joomla Hosting

Semak Emel



Cari

MTQSS Peringkat Kebangsaan Kali Ke-36 Tahun 2010: Selamat Bertanding

Rating Pengguna: / 0
Kurang BaikTerbaik 

Majlis Tilawah al-Quran Sekolah-sekolah Malaysia (MTQSS) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-36 Tahun 2010

Negeri Melaka telah menghantar satu kontinjen untuk menyertai Majlis Tilawah al-Quran Sekolah-sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan yang sedang berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu pada 31 Mei 2010 hingga 3 Jun 2010 ini. Seramai 30 peserta dan jurulatih/ guru pengiring telah bertolak menaiki bas yang disediakan pada pagi ini di perkarangan Jabatan Pelajaran Melaka. Ketua Kontinjen Melaka kali ini adalah Tuan Haji Haris bin Mahat, Ketua Unit Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka.

 

Para peserta ini adalah johan pertandingan Tilawah al-Quran (rendah dan menengah), Hafazan (rendah dan menengah), bercerita dari kisah-kisah al-Quran (rendah dan menengah) dan syarahan agama (rendah dan menengah) peringkat negeri yang telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Negeri Melaka pada 14 April 2010 yang lalu.

Adalah diharap dan didoakan agar kontinjen ini akan membawa pulang kejayaan demi mengharumkan nama Melaka di peringkat kebangsaan pada tahun ini. Selamat Bertanding!

Senarai Kontinjen Kita                                                                    Jadual Pertandingan

Terakhir dikemaskini (Isnin, 31 Mei 2010 19:57)

 

0 Comments

Add Comment



Click to get a new image.
No. Telefon Baru SPI

Pejabat Am: 06-2326732
PIPA (Am): 06-2324607
Fax: 06-2332949

[ SENARAI PENUH ]

Kalendar Mini SPI
April 2014
M T W T F S S
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 1 2 3 4