Urusan Kenaikan Pangkat PPPLD Gred DGA29 ke DGA32 Secara Time Base (KUP) Tahun 2011
PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI MELAKA
Jabatan Pelajaran Melaka akan mengadakan urusan kenaikan pangkat Time-Based bagi PPPLD Gred DGA29 ke Gred DGA32 bagi tahun 2011.
Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan diminta memperakukan pegawai yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dengan memperakukan PPPLD Gred DGA29 yang cukup tempoh perkhidmatan 10 tahun bagi urusan kenaikan pangkat ke Gred DGA32 secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran. Bagi memperakukan calon-calon tersebut, semua Ketua Jabatan diminta merujuk maklumat lanjut pada Surat Siaran Urusan Kenaikan Pangkat. Untuk maklumat lanjut sila klik pautan Surat Akuan Pinjaman, Surat Iklan Time Base DGA29 Ke DGA32, Senarai Semak dan Borang Format IV.
Semua pegawai yang layak hendaklah diperakukan oleh Ketua Jabatan/Bahagian kepada Unit Naik Pangkat Jabatan Pelajaran Melaka bersama dokumen yang diperlukan selewat-lewatnya pada 26 Februari 2010
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Mat Din Bin Kadir di talian 06-2323 776/777 samb. 806.
Ditulis oleh Haryati binti Nahar, JPN Melaka.
Terakhir dikemaskini (Ahad, 31 Januari 2010 10:31)




0 Comments