Ujian Kelayakan Ke Tingkatan 1 Aliran Agama 2013
16 Oktober 2012 - Seramai 159 calon telah menghadiri ujian bertulis permohonan kemasukan ke SMKA/ KAA dan SABK 2013 yang telah diadakan di Dewan Besar, SMKA Sharifah Rodziah, Telok Mas, Melaka pada jam 2.30 petang.
Ujian ini diadakan sebagai salah satu cara pemilihan para pelajar yang berminat dan layak untuk ke tingkatan 1 di SMKA/ KAA & SABK. Mereka dikehendaki menduduki ujian ini kerana:
1) Tidak mengikuti sekolah agama (petang) dan tidak menduduki peperiksaan UPKK
2) Calon dari luar negeri Melaka
Ustazah Shamsiah bt. Mahmud, Penyelia Kanan Hal Ehwal Murid dalam kenyataannya berkata, penyertaan kali ini adalah lebih ramai berbanding tahun lalu iaitu hanya 125 orang sahaja. "Kita telah mengambil berbagai langkah untuk memastikan tempat yang disediakan mencukupi dan saya mengucapkan setinggi-tingi penghargaan dan terima kasih kepada pentadbir dan guru SMKA Sharifah Rodziah, ahli panel soalan, para pengawas peperiksaan, guru besar sekolah-sekolah Melaka dan juga ibu bapa yang telah memberikan kerjasama erat menjayakan ujian ini".
Soalan telah disediakan oleh Unit Pengurusan Institusi Pendidikan Islam (PIPA), Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka. Keputusan penempatan akan diumumkan semasa cuti penggal persekolahan (Bulan Disember) kelak melalui Portal SPI, Portal Jabatan Pelajaran Melaka dan juga sekolah yang berkenaan (SMKA/ KAA/ SABK).
Bagi calon yang bersekolah agama petang, menduduki peperiksaan UPKK dan UPSR pula dikehendaki mengisi borang permohonan yang akan dikirimkan ke semua sekolah rendah pada akhir bulan Oktober ini, Insya-Allah.
Terakhir dikemaskini (Selasa, 16 Oktober 2012 23:15)




Admin makes this comment
23 November 2012
Badrul Kahar Mohd Yusof makes this comment
23 November 2012
anis adriana makes this comment
17 Oktober 2012