Info Ringkas
Program Terhampir
SALAM AIDIL FITRI 1431H
Majlis Solat Hajat Perdana Menjelang UPSR, PMR, SPM dan STPM Serta Khatam al-Quran 1431H

Tuan Pengarah Pelajaran Melaka (Berbaju Biru) sedang menerima replika cek daripada
YB Datuk Hj. Yaakub bin Md. Amin yang diserahkan oleh
YB Datuk Hj. Naim bin Abu Bakar (kiri sekali).
Jabatan Pelajaran Melaka dan Kelab Kebajikan dan Rekreasi, Jabatan Pelajaran Melaka telah berjaya menganjurkan Majlis Solat Hajat Perdana Menjelang UPSR, PMR, SPM dan STPM Serta Khatam al-Quran Peringkat JPN Melaka bagi tahun 1431H di Masjid Selat, Melaka pada 2 September 2010 yang lalu.
Terakhir dikemaskini (Jumaat, 03 September 2010 09:23)
Ujian Kelayakan Murid Ke Tingkatan 1 Aliran Agama 2011Perhatian Kepada Guru Besar SK & SJK Negeri Melaka Ujian kelayakan tersebut akandiadakan pada: Tarikh: 29 September 2010 (Rabu) Sehubungan itu, semua sekolah yang berkenaan diminta mengisi borang berikut dan memulangkannya ke SPI Melaka pada atau sebelum 15 September 2010. Terakhir dikemaskini (Rabu, 01 September 2010 22:39) Program Ihya’ Ramadhan dan Solat Hajat SKSD 2010Majlis Kesyukuran Kemerdekaan dan Kemuncak Ihya Ramadhan 1431H Terakhir dikemaskini (Rabu, 01 September 2010 06:28) Soalan Selaras Pend. Islam SR Untuk Peperiksaan Akhir Tahun 2010Perhatian Kepada Semua Guru Besar SK/ SJK Sukacaita dimaklumkan bahawa Soalan Selaras Pendidikan Islam Sekolah Rendah akan disediakan oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka. Soalan tersebut akan diedarkan melalui portal dan emel secara tertutup (sulit). Sehubungan itu, semua Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Rendah dikehendaki mengisi borang maklumat yang disediakan secara online pada atau sebelum 24 September 2010. Kata laluan untuk memuat turun soalan akan hanya dihantar melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) terus kepada Ketua Panitia pada bulan Oktober kelak, Insya-Allah. Sebarang kemusykilan, sila hubungi Ustaz Kamarudzaman bin Mohd. Isa atau Ustaz Muhammad Sani bin Bidin di talian 232 6725/ 232 6732. Surat Siaran Taklimat Tatacara Penggunaan Emel dan Portal SPI Untuk SMKA dan KAA Negeri Melaka 2010
Seramai 20 orang peserta daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA) Negeri Melaka telah mengikuti Taklimat Tatacara Penggunaan Emel dan Portal Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pelajaran Melaka di Makmal Komputer Jabatan Pelajaran Melaka pad 26 Ogos 2010 jam 2.00 - 5.00 petang yang lalu. Terakhir dikemaskini (Khamis, 26 Ogos 2010 21:44) Rezeki Ramadhan 1431HRezeki Ramadhan. Mungkin inilah ungkapan paling sesuai diucapkan kepada para pelajar SMA Saiyidah Khadijah, merlimau, Melaka. Ini adalah kerana seramai 239 orang Pelajar SMA Saiyidah Khadijah (SMASM) telah menerima Netbook Jalur Lebar 1Malaysia daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Balairaya Kg. Umbai, Melaka pada 21 Ogos 2010 yang lalu. GPK 1 SMA SM, En. Razali bin Mohd. Amin telah hadir mewakili sekolah bersama para ibu bapa untuk menerima sumbangan tersebut.
Terakhir dikemaskini (Rabu, 25 Ogos 2010 07:40) |















30 Ogos 2010 – Panitia Pendidikan Islam SK Serkam Darat (PPISKSD) telah berjaya menganjurkan Majlis Kesyukuran Kemerdekaan Negara yang Ke-53, Program Ihya’ Ramadhan dan Solat Hajat Perdana UPSR 2010 dengan jayanya. Program ini telah dihadiri oleh beberapa orang tetamu jemputan antaranya Datuk Zakaria bin Abu Bakar (Penghulu DUN Serkam) mewakili YB Dato’ Haji Ghazale bin Mohamad, En. Yusof bin Ahmad (Pegawai Pelajaran Daerah Jasin), YM Ustaz Raja Abdullah bin Raja Setapa (Pengelola Cemerlang PPD Jasin), wakil Sektor Pendidikan Islam, JPM), YDP PIBG serta ahli jawatankuasanya, Mudir dan murid-murid Maahad Tahfiz As-Solehin, ibu bapa murid tahun 5 dan 6 serta warga SK Serkam Darat.










